welcome to my blog

Monday, 12 November 2012

Latihan bahasa 12Nov2012

 

Sila pilih jawaban yang sesuai:

              Pak Tuah ialah seorang pekebun. Di menanam pelbagai jenis sayur. Antara jenis sayur yang ditanam di kebunnya ialah ,  ,    dan   .

         Tiap-tiap pagi dan petang, Pak Tuah     sayurnya. Dia juga  rumput yang tumbuh di batas sayur.

          Pak Tuah  sayur-sayurannya di Pasar Port Dickson.



      TERIMA KASIH!!!

Saturday, 27 October 2012

Guna gambar-gambar kereta untuk belajar bahasa

trak penyejukan
Lori konkrit
kereta lumba
Kren roda

Diri Saya


1. Mari Kita Menyanyi
      Berjaya
      Tepuk ramai-ramai,
      Belalang kupu-kupu,
      Kalau mahu pandai,
      Saya baca buku.
      Belalang kupu-kupu,
      Terbang tepi paya,
      Rajin baca buku,
      Saya akan berjaya

2. SIAPA SAYA?
    Nama saya Mohammad Sanibin Seman

3. UMUR
    Umur saya tujuh tahun.

4. TEMPAT TINGGAL
    Saya tinggal di Taman Mawar

5. ADIK BERADIK
    Saya ada seorang adik perempuan dan seorang abang.

6. HOBI SAYA
    Saya suka baca buku.
    Saya juga gemar bermain bola sepak.

7. CITA-CITA
    Saya berazam mahu belajar bersungguh-sungguh.
    Saya bercita-cita menjadi doktor.

8. MAKANAN KEGEMARAN
    Roti bakar adalah makanan kegemaran saya.
    Jus oren pula minuman Kesukaan saya.

9. EJA DAN SEBUT
    • O ren       u mur          a dik
    • Bu ku       ba ca          sa ya
    • Ra jin       ge mar         ro jak
    • Tu juh      dok tor        se pak

LATIHAN
   - MARI CUBA JAWAB

1. Berapakah umur Mohamad Sani ?
    A. 7 minggu
    B. 7 tahun
    C. 7 bulan
2. Berapakah jumlahadik-beradik Mohamad Sani ?
    A. 2 orang
    B. 5 orang
    C. 3 orang
3. Apakah cita-cita Mohamad Sani?
    A. guru.
    B. doktor.
    C. kerani.
4. Susun dan tulis semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
     4.1 saya Mohamad Sani. Nama
           
     4.2 di Taman Mawar. Saya tinggal
           
     4.3 Saya doktor. bercita-cita menjadi
           
5. Cerakinkan perkataan di bawah.
     5.1. bola   <--->             +     
     5.2. buku   <--->             +     
     5.3. sepak   <--->             +     
     5.4. doktor   <--->             +     
     5.5. taman   <--->             +     


Kata Keterangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
    (a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
    (b) Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
3. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.

Contoh
cara / gayabegitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktuakan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafibukan, tidak, kecuali1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanyamengapa, bagaimana, bila1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragammungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguatamat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspekbelum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.